LAMAN MAKLUMAT NIRNAMA

NIRNAMA KINI BOLEH DIDAPATI DI SHOPEE HILAL ASYRAF RESOURCES!

PILIHAN DI SHOPEE

Bermula 15hb November 2021, anda boleh membeli Nirnama di Shopee Hilal Asyraf Resources. INI BUKAN PRA-TEMPAH. Ini stok tersedia(ready stock). Beli, dalam 2-3 hari kami bungkus dan terus pos.

KEADAAN FIZIKAL NOVEL NIRNAMA

Novel Nirnama mempunyai 122,000 patah perkataan.

Versi rumi berketebalan 718 muka surat.
Versi jawi 762 muka surat.

Novel Nirnama akan berkulit keras baik versi rumi atau versi jawi.
Tetulang bagi kedua-dua versi akan dijahit, bukan sekadar digam.

Novel Nirnama versi rumi dan jawi akan bersaiz A5.

ILUSTRASI DI DALAM NIRNAMA

Nirnama bukan sahaja sebuah novel yang diisi hanya dengan tulisan. Tetapi Nirnama juga dihiasi ilustrasi-ilustrasi hebat daripada pelukis berbakat, Cik Hani Raimi. Di dalam Novel Nirnama, anda akan disajikan dengan sekitar 65 ilustrasi, memaparkan karakter dan babak di dalam novel. Ini sebahagiannya. Seterusnya ada 11 ilustrasi tambahan daripada Asyraf Azulia, yang memberi fokus kepada lakaran tempat-tempat penting di dalam Nirnama.

CENDERAMATA NIRNAMA


4x Penanda Novel Nirnama(akan ada dua sisi)
3x Poskad Nirnama bersaiz A5
1x Buku Seni Nirnama, 100ms(diisi 76 ilustrasi hitam putih Nirnama)
1x Buku Poket Dzikir Harian Yang Diamalkan Nirnama(terhad untuk 10,000 penempah pertama)
1x Kalendar 2022 Nirnama

MEREKA TELAH MENDAPAT TEMPAHAN
MASING-MASING!

BACA PERCUMA LIMA BAB PERTAMA

Anda masih ragu? Atau bosan menanti Nirnama terbit dan sampai kepada anda, anda boleh membaca terlebih dahulu Nirnama secara percuma sehingga bab 5.

BACA PERCUMA VERSI JAWI
PROLOG & BAB 1

JEMPUT TONTON ANIMASI 1 MINIT NIRNAMA

VISI BESAR NIRNAMA

Saya bukan semata-mata mahu Nirnama ini menjadi novel. Tetapi saya mahu bangunkan medan kreatif bertemakan Islam dan nusantara. Saya mahu Nirnama pergi lebih jauh menjadi komik, game dan animasi.

Dengan izin Allah SWT, melalui sokongan rakan-rakan, ini akan mampu menjadi kenyataan.

Mari bersama saya dalam perjalanan ini.
Sokong Nirnama!