PUSAT MAKLUMAT
PRA-TEMPAH
NIRNAMA

Pra-Tempah Nirnama SUDAH BERMULA, sila skroll page ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Novel Nirnama dan pakej pra-tempahnya. Butang untuk membawa anda ke web pembelian ada di dalam page ini, selepas bahagian tutorial. Anda juga berpeluang membaca secara PERCUMA lima bab pertama Nirnama di Wattpad, dengan klik butang paling bawah di page ini.

PAKEJ PRA-TEMPAH YANG DITAWARKAN

SINOPSIS

Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?

KEADAAN FIZIKAL NOVEL NIRNAMA

Novel Nirnama mempunyai 122,000 patah perkataan.

Dijangka ketebalannya sekitar 700 muka surat.
Versi jawi mungkin lebih tebal lagi.

Novel Nirnama akan berkulit keras baik versi rumi atau versi jawi.
Tetulang bagi kedua-dua versi akan dijahit, bukan sekadar digam.

Novel Nirnama versi rumi akan bersaiz 13x20cm
Novel Nirnama versi jawi akan bersaiz A5(14.8x21cm)

ILUSTRASI DI DALAM NIRNAMA

Nirnama bukan sahaja sebuah novel yang diisi hanya dengan tulisan. Tetapi Nirnama juga dihiasi ilustrasi-ilustrasi hebat daripada pelukis berbakat, Cik Hani Raimi. Di dalam Novel Nirnama, anda akan disajikan dengan sekitar 65 ilustrasi, memaparkan karakter dan babak di dalam novel. Ini sebahagiannya. Seterusnya ada 11 ilustrasi tambahan daripada Asyraf Azulia, yang memberi fokus kepada lakaran tempat-tempat penting di dalam Nirnama.

CENDERAMATA EKSKLUSIF

Dengan menyertai pra-tempah Nirnama, anda akan dapat semua berikut:

1x Novel Nirnama versi rumi
1x Novel Nirnama versi jawi
4x Penanda Novel Nirnama(akan ada dua sisi)
2x Poster Nirnama bersaiz A5
1x Buku Seni Nirnama(dipenuhi ilustrasi hitam putih Nirnama)
1x Kalendar 2022 Nirnama

Dari Novel Nirnama versi jawi sampai ke kalendar 2022 tu, Itu semua cenderamata eksklusif yang bakal mengiringi Nirnama versi rumi yang anda beli.

JADI ANDA DAPAT VERSI RUMI DAN VERSI JAWI DUA-DUA SEKALIGUS DENGAN HANYA RM90.00!

NAK VERI RUMI SAHAJA BOLEH?

Boleh. Tunggu hujung tahun.

Saya akan jual versi rumi sahaja dengan harga RM75.00 senaskhah.
Tak termasuk kos pos.
Tanpa apa-apa cenderamata.
Tanpa versi jawi.

Nirnama ni mahal ya sebenarnya rakan-rakan. Kos cetak sahaja dah 3x ganda lebih mahal berbanding novel-novel saya yang lain. Setiap satu ilustrasi di dalam Novel Nirnama, harganya sekurang-kurangnya 2x ganda harga novel Nirnama tu sendiri. Darab dengan 76 ilustrasi yang bakal wujud di dalam Novel Nirnama. Mahal sangat kos penghasilan Nirnama ni.

Bagaimana pakej pra-tempah boleh RM90.00 harganya? Sebab saya kecilkan keuntungan pihak saya, agar saya boleh berikan yang terbaik bagi rakan-rakan yang sudi buat pra-tempah kali ini.

MAKSUD PRA-TEMPAH

Pra-tempah bermaksud menempah sesuatu yang belum ada lagi. Novel Nirnama belum masuk kilang, belum ada stok. Pra-tempah ini boleh dikatakan sebagai acara mengumpul modal penerbitan, supaya karya ini ada modal untuk dicetak. Jangkaannya, Nirnama akan masuk kilang pada bulan September, dan terbit serta dipos pada hujung Oktober 2021. Semua cenderamata eksklusif wujud sebagai tanda penghargaan kepada para penempah yang sudi menempah dan menanti agak lama. Cenderamata eksklusif tidak akan wujud di luar pra-tempah. Terima kasih atas sokongan anda!

PRA-TEMPAH INI TERHAD UNTUK 7000 UNIT SAHAJA!

KOS POS

Kos Pos ke Semenanjung adalah PERCUMA
Kos Pos ke Sabah Sarawak DISKAUN 50%
Kos Pos ke luar negara PERLU DIBAYAR SEPENUHNYA

LOKASI
PRA-TEMPAH

Pra-tempah hanya akan berlangsung
di website hilalasyraf.com

Hanya pembelian secara online dan pembayaran secara online menggunakan payment gateway FPX Billplz di website saya sahaja yang akan dibenarkan. Online payment itu akanm menggunakan maybank2u, cimbclick dan seumpamanya.

Tiada cash deposit, tiada order melalui whatsapp atau saluran lain yang akan dibenarkan. eWallet sepatutnya kami benarkan, tetapi kami ada masalah teknikal sedikit. eWallet akan boleh digunakan untuk tempah Nirnama, tetapi bukan pada hari-hari awal pra-tempah. Sebab kami kena menanti approval bagi website kami menerima eWallet. Harap maaf atas masalah ini.

1 ORDER HANYA BOLEH ORDER 1 SET.
Nak order banyak boleh, kena order banyak kali.

KLIK SINI UNTUK KE WEB TEMPAHAN NIRNAMA!

BACA PERCUMA LIMA BAB PERTAMA

Anda masih ragu? Atau bosan menanti Nirnama terbit dan sampai kepada anda, anda boleh membaca terlebih dahulu Nirnama secara percuma sehingga bab 5.